Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai ,Melaka .

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai atau nama ringkasnya SMK Bukit Rambai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bukit Rambai,Melaka .
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai memiliki 920 pelajar lelaki dan 959 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1879 orang. Ia mempunyai seramai 105 orang guru.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai terletak di jalan Bukit Rambai, daerah Melaka Tengah. Sekolah ini bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai. Luas tapak sekolah ini adalah lebih kurang 57683 meter persegi. Pada asalnya kawasan ini adalah ladang getah berbukit.
Pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada pertengahan tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2001. Sekolah ini telah dibina oleh Sahs Maju Sdn. Bhd.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai mula beroperasi pada bulan Julai 2002 dengan tenaga pengajar seramai 37 orang dan mempunyai seramai 322 pelajar tingkatan 1 dan 222 pelajar tingkatan 2.
Pengetua pertama sekolah ini ialah Datin Hajjah Hasiah binti Hasan dan dibantu oleh GPK 1, En Megat Nasir bin Magat Hashim, GPK HEM Puan Hajjah Jamilah binti Md Yusoh dan GPK Ko-Ku, En Md Zin bin Jaafar. Masa berlalu, pihak pentadbir bertukar ganti. Datin Hajjah Hasiah telah digantikan oleh Tn Hj Kassim bin Mohamad kemudian Pn Hajjah Norizan binti Ismail, Tn Hj Hamzah bin Abdul, BCM, Tn Hj Rashid bin Abdul Hamid, En Zainal bin Aman, Pn Hajjah Hamidah binti Sabtu dan kini Pn.Hjh Rosni binti Hj.Rosli.
Jumlah guru juga telah meningkat dari 37 orang guru profesional kepada 128 orang guru profesional. Begitu juga dengan jumlah pelajar dari 544 orang meningkat kepada 1208 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Oleh kerana bilangan murid yang semakin bertambah dan bilangan kelas tidak dapat menampung bilangan murid pada tahun 2006, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai telah dijadikan 2 sesi iaitu pelajar tingkatan 3 hingga 5 mengikuti persekolahan sesi pagi dan pelajar tingkatan 1 hingga 2 mengikuti persekolahan sesi petang. Bermula tahun 2009 juga diperkenalkan satu kelas pendidikan khas yang terletak di bangunan baru.

Alamat : 

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai
Bukit Rambai
75250, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon : 063517977
Faks       : 063517978


Sumber : WIKIPEDIA 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Bukit_Rambai

Comments

Popular posts from this blog

PERLETAKAN JAWATAN