PERLETAKAN JAWATAN
YBHG DATOK HAJI JAAFAR BIN SEMAN BIL : PIBGSMKBR 001
YDP PIBG SMKBR
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai
Bukit Rambai
75250, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon : 063517977 26 Julai 2019 (Jumaat )
Assalamualaikum WBT
YBhg Datok,
PERKARA : PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AJK PIBG ( IBU BAPA )
Saya seperti nama dan beralamat di atas dengan rendah hati mengucapkan jutaan terima kasih
atas cadangan YBhg Datok mencadangkan saya untuk mencadangkan diri sendiri sebagai AJK
PIBG ( Ibu Bapa ) tempohari dan saya amat menghargainya.Didoakan YBhg Datok dan
famili sihat walafiat.Semoga Datok terus menyumbang untuk kemajuan PIBG SMKBR.
2. Setelah berfikir masak-masak ,saya dengan ikhlasnya MELETAK JAWATAN sebagai
AJK PIBG SMKBR ( Ibu bapa ) lantaran kesibukan kerja dan pelbagai urusan peribadi yang
semakin banyak .
3. Saya meletak jawatan kerna ditakuti tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang AJK
dan gagal menunaikan amanah yang amat berat dalam dunia pendidikan.
4. Di sini saya memohon maaf kepada semua pihak terutama sekali Tuan Haji Pengetua dan semua
barisan AJK PIBG SMKBR .Saya memohon jutaan kemaafan andainya terkasar bahasa dan tersalah
kata dan cadangan sepanjang masa saya bergelar AJK PIBG SMKBR.
Tiada insan kamil dan sempurna,jadi mohon maafkan saya.Saya hanyalah insan biasa yang kadangkala
tersalah perkataan,perbuatan dan tindakan.
5. Didoakan YBHg Datok melantik AJK PIBG ( ibu bapa ) baru dari tokoh ternama dan
cemerlang dalam dunia pendidikan.Saya ini amat naif dan amat sibuk dengan dunia perniagaan ,
penulisan dan sebagainya.Tahun ini pula anak sulong akan berdepan peperiksaan SPM dan
amatlah sibuk berulang alik ke Batu Pahat melawat anak di asrama.Hanya berbaki beberapa
bulan sahaja SPM akan menjelma.
6. Kenangan manis bersama semua barisan AJK PIBG SMKBR akan dikenang sebagai sejarah
hidup dan saya amat menghargai perkenalan dan persahabatan kita semua.Terima kasih atas
semua jemputan program sekolah sepanjang saya menjadi AJK PIBG SMKBR.
7. Saya mohon surat jawapan rasmi perletakan jawatan ini dan semua AJK dimaklumkan.
8. Saya doakan PIBG SMKBR adalah terbaik dan tercemerlang di Melaka dan Malaysia.
9. Saya juga mendoakan SMKBR akan terus cemerlang sebagai sebuah sekolah teladan
dan sekolah terbaik di Malaysia khususnya dan dunia amnya.
10. Semoga perletakan jawatan ini diterima seikhlasnya dan mendapat surat jawapan sekadar segera.
keputusan meletak jawatan adalah MUKTAMAD.Surat jawapan akan dipanjangkan kepada peguam
sebagai salinan sahaja.
Sekian
Terima kasih
Yang Benar,
......................................................
( SAAT BIN SULAIMAN )
- SURAT INI TIDAK PERLU TANDA TANGAN KERNA DIUTUS MELALUI WHATSAPP-
ALHAMDULILLAH SELESAI

Comments
Post a Comment